Noxxa LSR822 Manuel utilisateur

1
Periuk Nasi Rendah Gula
Model no. LSR822
Buku Panduan

2

3
KANDUNGAN
TINDAKAN KESELAMATAN PENTING 4
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA 5
BAHAGIAN & AKSESORI 6
PANEL KAWALAN 7
FUNGSI & PROGRAM 8
BAGAIMANA UNTUK BEROPERASI 9
• Nasi Putih Rendah Gula & Nasi Multigrain Rendah Gula 9
• Nasi 11
• Sup 12
• Bubur 12
• Mensteril 13
• Tumis 13
• Yogurt 14
• Slow Cook 14
• Kukus 15
• Kekal Hangat 16
• Preset 16
PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN 17
PENYELESAIAN MASALAH 18
SPESIFIKASI PRODUK 19

4
Ketika menggunakan produk ini, langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi adalah seperti
berikut:
1. Sila baca SELURUH BUKU PANDUAN sebelum menggunakan produk ini.
2. Pastikan kord kuasa dipasang dengan betul pada unit.
3. Pastikan plag dimasukkan dengan betul pada socket dinding. Jangan berkongsi soket yang
sama dengan peralatan elektrik lain.
4. Sambungan yang longgar antara soket dan kord kuasa akan mengakibatkan kebakaran.
5. Jauhi periuk daripada kanak-kanak dan bayi, dan arahkan kanak-kanak supaya tidak bermain
dengan produk ini.
6. Jangan gunakan periuk di atas meja atau meja yang tidak stabil atau tidak tahan panas.
7. Jangan gunakan periuk berhampiran dinding atau perabot. Wap panas dan haba dari
saluran keluar wap mungkin akan merosakkannya. Jauhikannya dari sebarang dinding atau
perabot pada jarak sekurang-kurangnya 30cm. Sentiasa simpan di tempat yang kering
dengan pengudaraan yang baik.
8. Jangan masukkan sebarang jarum atau benda tajam ke dalam saluran keluar wap atau celah
unit. Ini mungkin akan menyebabkan kejutan elektrik. Bersihkan penutup dengan kerap.
Pastikan bunyi klik yang jelas kedengaran setiap kali anda menutup penutup.
9. Jangan letakkan sebarang benda ke dalam periuk selain daripada periuk dalaman.
10. Hanya penapis seramik dan periuk dalaman keluli tahan karat yang disertakan dengan
produk ini boleh digunakan. Jangan gunakan sebarang periuk atau bekas memasak selain
daripada yang disediakan bersama unit.
11. Sentiasa gunakan periuk dalaman yang disediakan untuk memasak dan jangan beroperasi
sehingga periuk dalaman berada di dalam unit.
12. Jangan letakkan periuk dalaman di atas dapur gas atau di atas alat memasak lain untuk
dipanaskan. Ia boleh menyebabkan kerosakan.
13. Semasa beroperasi, jangan alihkan produk atau keluarkan periuk dalaman. Jangan buka
penutup semasa memasak. Ini mungkin akan mengakibatkan tumpahan dan melecur.
14. Apabila menggunakan produk ini, wap panas akan keluar dari saluran keluar wap. Jauhi
saluran keluar wap untuk mengelakkan daripada melecur.
15. Jangan tutup saluran keluar wap yang panas semasa mengendalikan produk. Jika tidak, ia
akan merosakkan unit.
16. Jangan gunakan unit di tempat yang bersuhu tinggi, kelembapan tinggi atau kawasan
beraltitud tinggi.
17. Jangan basuh beras di dalam periuk dalaman. Cadangkan supaya basuh beras di dalam
bekas lain dan kemudian masukkannya ke dalam periuk dalaman.
18. Kendalikan penapis seramik dengan berhati-hati pada setiap masa.
19. Jika terdapat sebarang kerosakan pada periuk dalaman atau penapis seramik, jangan
gunakannya lagi. Sila hubungi bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk membeli periuk
dalaman yang baharu.
TINDAKAN KESELAMATAN PENTING

5
20. Sentiasa perhatikan dan periksa permukaan plat pemanas dan dasar periuk dalaman,
pastikan tiada sisa makanan. Pastikan kedua-dua permukaan adalah bersih dan rata.
21. Jangan melebihi kapasiti memasak maksimum ketika memasak. Ia boleh menjejaskan
prestasi memasak, nasi melimpah atau unit tidak berfungsi.
22. Pastikan anda mencabut plag sebelum membersihkan unit.
23. Biarkan unit sejuk sebelum dibersihkan.
24. Gunakan kain lembap untuk membersihkan bahagian luar periuk. Jangan sekali-kali letakkan
unit di bawah air paip yang mengalir atau rendam unit di dalam air.
25. Tudung dalaman keluli tahan karat boleh ditanggalkan untuk dibersihkan setiap kali selepas
digunakan.
26. Cabut plag unit jika tidak digunakan. Simpan di tempat yang bersih dan kering sahaja.
27. Hentikan penggunaan jika kord kuasa rosak atau haus. Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan untuk penggantian.
28. Jika periuk tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, telah terjatuh atau rosak, ditinggalkan
di luar rumah di bawah keadaan cuaca yang melampau atau terjatuh ke dalam air, jangan
gunakannya dan hantar ke bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk servis atau
pembaikan.
29. Jika terdapat sebarang kod ralat pada skrin, matikan suis dan cabut plag terlebih dahulu.
Sila rujuk kepada jadual penyelesaian masalah pada muka surat 18 sebelum menghubungi
bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk servis dan pembaikan. Jangan cuba melakukan
sebarang penyelenggaraan sendiri.
30. Periuk ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh sesiapa (termasuk kanak-kanak) yang
kurang keupayaan fizikal, deria, atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka yang telah diberi pengawasan atau arahan mengenai penggunaan periuk ini
oleh pihak yang bertanggungjawab di atas keselamatan mereka.
31. Pengawasan rapi mesti disediakan apabila periuk ini digunakan oleh atau berhampiran
kanak-kanak.
PERALATAN INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH SAHAJA
PENGILANG DAN NOXXA TIDAK AKAN MENERIMA APA-APA LIABILITI JIKA
PERALATAN INI DIGUNA UNTUK TUJUAN KOMERSIAL ATAU DALAM APA-APA
CARA YANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN PANDUAN.
!
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA
1. Pastikan voltan di rumah anda ialah 220v.
2. Untuk menggunakan produk, buka kotak terlebih dahulu dan keluarkan unit. Tanggalkan
semua komponen boleh tanggal seperti tudung dalaman, periuk dalaman dan penapis
seramik untuk dicuci. Lap bahagian luar unit dengan kain lembap.
3. Jangan gunakan pembersih yang kasar pada mana-mana bahagian mesin.
4. Letakkan dan gunakan unit di atas permukaan yang bersih dan rata, dan jangan letakkan
bahan mudah terbakar berdekatan dengannya.

6
BAHAGIAN & AKSESORI
Penapis Seramik
Periuk Dalaman
Keluli Tahan Karat
Tudung Dalaman
Dengan Gasket
Ruang Periuk
Plat Pemanas
Aksesori
Cawan
Spatula
Kord Kuasa
Saluran Keluar Wap
Skrin Paparan
Panel Kawalan
Penutup
Butang Penutup
Soket

7
PANEL KAWALAN
Paparan LED
(operasi/paparan masa)
Lampu Menu
Kekal Hangat /
Butang Batal
Butang
Penunda Waktu
Butang
Pelarasan Masa
(+/-)
Butang
Menu
Butang Mula

8
FUNGSI & PROGRAM
Menu Masa Asal
(jj:mm)
Julat Masa
Memasak
(jj:mm)
Suhu (°C)
Kapasiti
Cecair
/ Bahan
Maksimum
Nisbah
Beras : Air
yang Disyorkan
Low Sugar
White Rice
0:30
(masa count-down) Tidak boleh laras
suhu nasi
sekitar
140°C
3 cawan
beras
air 3-5mm di
atas permukaan
beras
Low Sugar
Multigrain Rice
0:45
(masa count-down) Tidak boleh laras
suhu nasi
sekitar
140°C
3 cawan
beras
air 5-8mm di
atas permukaan
beras
Rice 0:15
(masa count-down) Tidak boleh laras
suhu nasi
sekitar
140°C
10 cawan
beras 1:1 atau 1:1.2
Soup 1:00 1:00 - 2:00 100°C
setakat
tanda
10-cup
Porridge 1:00 0:40 - 1:30 100°C 3 cawan
beras
air setakat
tanda 8-cup
Sterillize 0:20 0:20 - 0:30 100°C setakat
tanda 1/5
Stir Fry 0:10 0:01 - 0:30 150°C
Yogurt 8:00 6:00 - 12:00 42°C - 45°C
setakat
tanda
10-cup
Slow Cook 2:00 0:30 - 12:00 89°C
setakat
tanda
10-cup
Steam 0:15 0:15 - 1:00 100°C setakat
tanda 1/5
Keep Warm Masa terkumpul
sehingga 24 jam 00:30 - 24:00 60°C - 80°C
Preset 0:30 00:30 - 12:00

9
BAGAIMANA UNTUK BEROPERASI
nNasi Putih Rendah Gula &
Nasi Multigrain Rendah Gula
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat dan penapis seramik)
1. Untuk nasi rendah gula, kapasiti memasak maksimum ialah 3 cawan beras.
Dicadangkan supaya air ditambah sehingga menutupi beras pada ketinggian
3mm melebihi paras beras. (Anda boleh melaraskan jumlah air dan beras
mengikut kehendak anda).
2. Tekan butang 3MENU untuk pilih LOW SUGAR WHITE RICE (Nasi Putih
Rendah Gula) atau LOW SUGAR MULTIGRAIN RICE (Nasi Multigrain
Rendah Gula), -- -- akan berkelip pada skrin. Tekan butang START (Mula)
untuk bermula.
3. Unit akan mula menjadi panas. Untuk Nasi Putih Rendah Gula, skrin akan
menunjukkan 00:30 dan mula count down apabila air mendidih. Untuk Nasi
Multigrain Rendah Gula, skrin akan menunjukkan 00:45 dan mula count
down apabila air mendidih.
4. Unit akan berbunyi bip apabila proses count down selesai. Ia akan bertukar
kepada KEEP WARM (Kekal Hangat) secara automatik. Masa terpanjang
untuk KEEP WARM ialah 24 jam.
5. Tekan butang CANCEL (Batal) untuk menghentikan unit dan kembali ke mod
siap sedia -- --.
• Untuk nasi putih rendah gula, maksimum 3 cawan beras, tambahkan
kira-kira 10 cawan air ke garisan 5 cup pada periuk dalaman.
• Masa memasak: Kira-kira 45 hingga 50 minit untuk nasi putih. Kira-kira
60 hingga 65 minit untuk beras perang.
• Masa memasak mungkin berbeza mengikut jumlah beras dan air.
YOGURT
3mm lebih tinggi
YOGURT

10
Teknologi Memasak Nasi Rendah Gula
PERINGKAT 1
MENDIDIH
PERINGKAT 2
MELESAP
PERINGKAT 3
MENGUKUS
Beras direndam di dalam air dan
kemudian dididih pada suhu tinggi.
Peredaran air melalui penapis seramik
membantu membuang kanji yang tidak
sihat daripada bijirin beras.
Kanji beras akan meresap ke dalam air
kemudian ke dalam periuk dalaman dan
diasingkan daripada beras.
Nasi dimasak dengan proses optimum
mereneh dan mengukus dengan
kawalan probe termo yang tepat.
• Mengurangkan sebanyak 41% kandungan kanji
daripada beras.
• Sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.
Table des matières
Langues :

















